Minggu, 13 April 2014

Meriam Oerlikon 20MM


Pada tahun 1937, British Admiralti pada mulanya mengkaji senjata yang sesuai bagi melengkapi kapal dagang dan kapal perang kecil dari serangan udara jarak dekat. Pada awalnya mereka menolak Oerlikon Model 1934, tetapi pada 1938 pihak Admiralti memberitahu Oerlikon bahawa sekiranya mereka mampu meningkatkan pecutan laras (muzzle velocity) dan menunjukkan bahawa senjata ini dapat diguna dan dikendali oleh bukan pakar, seperti nelayan dan kelasi kapal, ia dapat diterima.
Oerlikon melakukan perubahan yang diperlukan dan prototaip reka bentuk baru dihantar pada akhir 1939. Ia diterima berkhidmat serta merta sebagai 20 mm Mark I dan pihak Britain membuat tempahan besar dengan Oerlikon dan mendapatkan lesen pengilangan. Bagaimanapun hanya beberapa meriam tambahan diterima sebelum penjajahan Jerman terhadapPerancis, yang memutuskan laluan bekalan. Ini merupakan punca utama kapal British hanya memiliki sedikit meriam Oerlikon semasa awal perang, dengan sejarah USN BuOrd rasmi menyatakan bahawa Tentera Laut Diraja British hanya memiliki 100 Oerlikons di laut pada November 1940.
Sejurus sebelum kejatuhan Perancis, pihak British mengambil peluang lesen pengilangan dengan Oerlikon untuk mendapatkan lakaran pengilangan. Ia dibawa kembali dari Switzerland oleh Stewart Mitchell, yang sebelum ini merupakan Inspektor Kontrak Peluru Tentera Laut di kilang Oerlikon di Zurich. Mitchell, bersama dengan pakar peluru terkemuka, Charles Goodeve dan bersama Cmdr. S.W. Roskill (ketika itu bekerja dengan Division Staf Laksamana (Admiralty Staff Division) dan kemudiannya Kapten Roskill, pengarang “The War at Sea”) mendirikan kilang di Ruislip bagi menghasilkan meriam Oerlikon. “Kesukaran” dengan perkakasan dan tenaga buruh perlu diselesaikan sebelum penghantaran meriam versi British, dinamakan Mark II 20 mm, bermula pada musim luruh 1941. Pada November 1941, kapal perang Duke of York ditauliahkan dengan enam meriam ini, yang dipercayai kapal perang pertama yang memiliki meriam Oerlikon keluaran British “sepenuhnya."
Ia tidak dapat pasti jumlah meriam ini yang dihasilkan oleh Britain dan negara Koloni, tetapi Daftar Rampasan Dipasang (Mounting Appropriation Lists) pada September 1945 menunjukkan sekitar 55,000 meriam berkhidmat dengan tentera laut British dan Kommonwealth. Jumlah keseluruhan ini kemungkinannya termasuk senjata yang dihasilkan oleh USA yang dibekalkan sebagai sebahagian dari Lend-Lease atau dipasang bagi kapal yang dibaik pulih di limbungan kapal Amerika Syarikat. Sesetengah kapal sokongan British masih memiliki senjata ini sehingga 2006.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar